[VIDEO] Pelajar hilang lima hari ditemukan maut di ladang kelapa sawit
KOTA TINGGI – Misteri kehilangan seorang pelajar tingkatan tiga sejak lima hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang-Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, ditemukan orang awam pada pukul 2.30 pagi bersama motosikal Yamaha 135LC yang ditungganginya dalam keadaan tidak bernyawa.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
@malaysiatribune Seorang pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemukan meninggal dunia di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang–Kota Tinggi, awal pagi tadi. Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, ditemui orang awam pada pukul 2.30 pagi dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran motosikal Yamaha 135LC yang ditungganginya. Video: afefrayan_ #malaysiatribune #beritasemasa #kemalangan #trendingnewsmalaysia
Sebelum ini, kehilangan Muhammad Nasrulhaq mendapat perhatian apabila keluarganya membuat rayuan kepada orang ramai untuk membantu mengesan remaja itu yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha, Sabtu lalu.
Mangsa dilaporkan keluar dari rumah pada pukul 11 malam dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC berwarna merah hitam bernombor pendaftaran JVR 4139.
Ahli keluarga turut memaklumkan panggilan video terakhir mangsa dengan seorang rakan perempuan terputus secara tiba-tiba kira-kira pukul 4.26 pagi pada Ahad, sebelum semua usaha untuk menghubunginya gagal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








