BERITA SEMASA

Regu takraw mudah tewaskan Singapura

HANGZHOU – Skuad regu lelaki Malaysia mudah menewaskan Singapura 2-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan A sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan Zarif Marican selaku tekong, Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan (apit kiri) menewaskan negara jiran itu dengan keputusan 21-10 dan 21-6.

Dengan kemenangan itu Malaysia berjaya menjadi juara kumpulan selepas berjaya menewaskan Vietnam pagi tadi.

Pasukan negara dijangkakan bertemu Filipina dalam saingan separuh akhir esok jam 2 petang.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button