HIBURAN

Raya Sehati Sedondon: Duet Amar Amran & Datuk Jamal Abdillah tawar hadiah RM10,000

PEMILIK jenama fesyen terkenal, Amar Amran tampil dengan single raya berjudul Raya Sehati Sedondon, sebuah karya kolaborasi istimewa bersama Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah.

Lagu ini dicipta oleh Apak Harry Khalifah dengan lirik oleh Ajim Maze dan Amar Amran sendiri.

Sebagai seorang usahawan, Amar tidak hanya mahu menjual pakaian, tetapi juga mempromosikan nilai kekeluargaan melalui konsep pemakaian sedondon yang sinonim dengan jenama butik miliknya.

Amar memberanikan diri untuk berduet dengan Datuk Jamal atas dorongan peribadi dan sokongan rakan niaga beliau.

Berbekalkan 11 cawangan butik di Malaysia dan Thailand serta platform dalam talian www.amaramran.my, beliau berharap lagu tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ketika Hari Raya Aidilfitri kelak.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni suara, Amar memberanikan diri untuk berduet dengan penyanyi legenda itu atas dorongan peribadi dan sokongan rakan niaga.

Menurut Amar, Datuk Jamal bukan sahaja menerima cadangan berduet dengan terbuka, malah beliau sendiri menyarankan agar lagu ini dijadikan lagu raya.

“Saya memang peminat Datuk Jamal dan perkenalan kami telah lama terjalin. Saya tidak menyangka beliau terus bersetuju untuk berduet dan meminta saya menghubungi Apak Harry Khalifah untuk mencipta lagu ini,” katanya.

Bagi Amar, pengalaman pertama di studio rakaman bersama Datuk Jamal merupakan cabaran yang besar, tetapi beliau bersyukur kerana mendapat bimbingan dan keyakinan daripada penyanyi legenda itu.

Hasilnya, lagu Raya Sehati Sedondon berjaya disiapkan dan telah menerima sambutan positif daripada peminat sejak dimuat naik ke YouTube pada 14 Februari lalu dengan lebih 93,000 tontonan.

Sempena pelancaran lagu tersebut, Amar turut menganjurkan Pertandingan Cover Lagu ‘Raya Sehati Sedondon’ dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.

Pertandingan Cover Lagu Raya Sehati Sedondon menawarkan hadiah bernilai RM10,000.

Penyertaan itu terbuka kepada individu berumur 15 tahun ke atas, sama ada secara solo ataupun duet.

Peserta akhir akan dinilai oleh juri profesional, termasuk Apak Harry Khalifah dan Eddie Hamid selain undian secara dalam talian.

Selain aspek vokal, peserta juga dinilai berdasarkan gaya persembahan, koreografi, penampilan menarik serta jumlah tontonan dan tanda suka tertinggi.

Juara akan menerima wang tunai RM3,000 dan Baju Raya Amar Amran bernilai RM2,000. Naib juara pula akan membawa pulang RM1,000 dan Pakaian Amar Amran bernilai RM1,000. Tempat ketiga mendapat RM500 dan Pakaian Amar Amran bernilai RM500.

Bagi pemenang tempat keempat hingga 10, akan menerima Baju Raya Amar Amran bernilai RM300.

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun TikTok @amaramran.my & Instagram @amar.amran.

Cara Penyertaan:
– Gunakan minus one lagu di YouTube Amar Amran Channel
– Muat naik video nyanyian di TikTok dengan hashtag #RayaSehatiSedondon.
– Tag akaun @amaramran.my & @amar.amran.
– Video dengan jumlah Like dan FYP tertinggi akan dipilih ke peringkat akhir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button