
Raub Bypass boleh dilalui bermula tengah malam ini
RAUB – Bermula tengah malam ini sebahagian Seksyen 5A Raub Bypass Lingkaran Tengah Utama (LTU) secara rasminya boleh dilalui pengguna lebuh raya khususnya bagi mereka yang sering pulang ke Pantai Timur.
Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan baharu itu membolehkan pengguna jalan raya ke Pantai Timur tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub.
“Perjalanan ke Kuala Lipis, Pahang dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kini hanya mengambil masa 30 minit, berbanding 1 jam 30 minit sebelum Raub Bypass ini dibuka,” katanya.
Terdahulu beliau bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama-sama merasmikan laluan itu.
Menurut Alexander, keseluruhan panjang laluan ini melibatkan jarak sepanjang 9.6 kilometer (km) dan sehingga hari ini, 7 km pembinaan seksyen ini telah siap dibina dan sedia digunakan.
Katanya, baki 2.6 km bagi seksyen ini dijangka siap pada Jun 2024.
“LTU merupakan antara projek Kementerian Kerja Raya (KKR) yang menumpukan pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala melibatkan 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan LPT Bentong Pahang.
“Bagi jajaran LTU di Pahang, ia akan melibatkan 4 pakej utama sepanjang 169.10 km, merangkumi 16 seksyen.
“Sehingga kini, 9 seksyen sepanjang 106.85 km telah berjaya disiapkan manakala baki 7 seksyen sepanjang 62.25 km sedang dalam pembinaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








