BERITA SEMASAPOLITIK

Ramanan selar penyebaran kenyataan media palsu guna namanya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah dengan menggunakan namanya dalam satu kenyataan media palsu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata itu berkata, tindakan itu jelas mencerminkan sikap terdesak pihak terbabit demi kepentingan politik.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan melalui pejabat saya atau melalui platform sosial media rasmi saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan media
Kenyataan media palsu. – Foto Facebook Ramanan

Terdahulu, tular satu kenyataan media di aplikasi WhatsApp yang menggunakan nama Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dengan tajuk “Peletakan Jawatan Rafizi dan Nik Nazmi Bukti Nyata Kesuburan Demokrasi PKR”.

Ramanan turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap cubaan pihak tertentu yang semakin terdesak untuk menyebarkan fitnah.

“Seperti yang saya sarankan semasa membuat ucapan penggulungan di Konvensyen PKR minggu lepas, gejala penyebaran bahan-bahan fitnah semakin berleluasa, anggota parti perlu melawannya dengan tindakan yang drastik,” katanya.

Baca juga : Pemilihan PKR meraikan demokrasi: Bersatu dan bersama Anwar – Ramanan

Semalam, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli disusuli Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Minggu lalu, Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2025 selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button