Rakyat Malaysia ditahan di Danok, cuba seludup senjata api dan peluru
SONGKHLA – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand selepas dipercayai cuba menyeludup dua laras senjata api jenis M16 dan 450 butir peluru ke negara ini melalui Danok, Sadao kelmarin.
Menurut sumber Ibu Pejabat Polis Daerah Sadao, siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun itu mengaku menerima upah sebanyak RM10,000 bagi membawa masuk senjata berkenaan ke Malaysia.
“Siasatan mendapati suspek sudah empat kali berulang-alik ke Thailand.
“Bagaimanapun, cubaan kali ini gagal selepas dia ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di Danok,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Ketua Polis Daerah Sadao, Kolonel Surachit Petchom berkata, pemeriksaan ke atas kereta suspek menemukan dua laras raifal M16 yang sebahagiannya dileraikan dan disorokkan di bahagian tempat duduk belakang.
“Selain itu, sebanyak 450 butir peluru pelbagai saiz di dalam tujuh katrij turut ditemui.
“Ujian saringan air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








