BERITA SEMASA

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada 8 hingga 10 Dis

Dianjur bagi mempromosi inisiatif baharu, tingkat keyakinan antara kerajaan dengan rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Dis depan.

Program tersebut dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Menurut sekretariat program, selain mempromosikan inisiatif baharu, program tersebut dianjurkan bagi membina keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

“Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta pemegang taruh,” kata sekretarian berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini.

Program berkenaan dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Dis dan akan dihadiri pimpinan tertinggi kerajaan Putrajaya.

“Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Dis bermula 9 pagi hingga 10 malam,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button