Program Bicara Ilmu Ramadan IKMa himpunkan penggerak koperasi di Kuching
KUCHING – Warga dan penggerak koperasi berhimpun dalam Program Bicara Ilmu Ramadan bertemakan Bisnes Tanpa Manipulasi: Pengajaran Ramadan yang berlangsung di Hotel Riverside Majestic Puteri Wing, di sini baru-baru ini.
Program anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak itu bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti koperasi mengenai amalan perniagaan yang beretika serta berlandaskan nilai integriti selari dengan semangat Ramadan.

“Program dimulakan dengan ceramah Ramadan pertama yang bertajuk Pemasaran Berprinsip: Antara Promosi dan Eksploitasi disampaikan oleh Pensyarah Kanan merangkap Koordinator Program Pengurusan Khidmat Kewangan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Fadilah Siali,” menurut hantaran Facebook IKMa Zon Sarawak.
Ceramah tersebut menekankan kepentingan amalan pemasaran yang beretika dalam perniagaan, khususnya dalam memastikan promosi yang dilakukan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.
Program kemudian diteruskan dengan ceramah kedua bertajuk Strategi Pintar, Etika Terpelihara yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

Dalam ceramahnya, beliau mengingatkan para usahawan dan anggota koperasi agar sentiasa mengekalkan nilai integriti serta kejujuran dalam setiap urusan perniagaan.
Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor.
Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sarawak, Norazlan Anuar; Pengarah IKMa Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni; Pengerusi ANGKASA Sarawak, Wan Azizan Wan Zainal Abidin serta Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Syed Abdul Aziz Wan Yusuf.
Majlis itu turut dihadiri ketua dan wakil agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta wakil daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






