BERITA SEMASA

PRN: Peratusan keluar undi awal melebihi 80 peratus

Setakat pukul 2 petang tadi

CYBERJAYA – Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu sudah melebihi 80 peratus setakat pukul 2 petang tadi

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 90 peratus, diikuti Negeri Sembilan dengan 88 peratus serta Kedah dan Kelantan masing-masing dengan 87 peratus.

Pulau Pinang merekodkan kadar sebanyak 86 peratus, manakala Selangor pula pada 84 peratus.

Peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula direkodkan sebanyak 85 peratus.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri dibuka serentak bermula pukul 8 pagi tadi.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button