POLITIK

PRK Sungai Bakap: BN siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Semua parti komponen dan Friends of Barisan Nasional memberi komitmen dalam mempersiapkan semua jentera parti bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN semalam.

“BN turut memantau keputusan BERSATU melucutkan keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) mereka yang jelas dilihat sebagai muslihat politik berbanding dengan keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, mesyuarat juga memberi komitmen berterusan untuk BN membawa isu-isu rakyat yang memerlukan kesegeraan tindakan demi memelihara kesejahteraan hidup rakyat melalui langkah-langkah proaktif yang diambil bersama Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu katanya, sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN yang ke-50, pihaknya turut bersetuju untuk mengadakan beberapa program khas bagi memperkasakan hubungan parti dengan rakyat sebelum sambutan itu pada hujung tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button