
Presiden Pas ingatkan ahli parti tidak jadi ‘penebuk kapal’
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi mengingatkan ahli parti supaya tidak menjadi ‘penebuk kapal’ yang akan menjadi penyebab kejatuhan pemerintahan parti itu.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, sekiranya wujud kelemahan dalam pentadbiran parti, ahli parti harus bersama-sama memperbaikinya dan tidak sesekali mendedahkan kepada parti lawan.
“Setiap parti ada kelemahan. Kelemahan kita tolongan jangan dedah kepada lawan. Jangan jadi penebuk kapal dan kita perlu pertahan (negeri) yang diperintah parti kita.
“Pemimpin cawangan, kawasan juga perlu membantu wakil rakyat Parlimen dan DUN yang menang, begitu juga kawasan wakil rakyat lemah perlu dibantu demi kelangsungan parti ini,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian dalam ucapan penggulangan Muktamar Pas ke 69.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pas juga tidak akan bersikap zalim atau bertindak membalas dendam kepada pemimpin lawan yang tidak sehaluan.
Perkara itu katanya telah dibuktikan oleh Pas di beberapa negeri yang ditadbir oleh parti itu seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Parlis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








