JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan penceramah bebas rakam aksi seks bersama 4 isteri

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isteri, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

“Bertindak atas laporan, polis membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek.

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isteri dan gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bermula Rabu sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, suspek diberi jamin namun polis sedang melengkapkan siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button