JENAYAH & MAHKAMAH

Polis serbu lapan pusat panggilan scam, tahan 57 individu

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan lapan pusat panggilan penipuan dalam talian dan menahan 57 individu dalam beberapa operasi yang dijalankan antara 10 hingga 14 Nov lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi bersepadu antara anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, bersama pasukan peringkat daerah dan kontinjen itu melakukan serbuan berasingan di seluruh ibu negara yang menyasarkan pusat panggilan penipuan yang beroperasi dari unit kediaman.

“Kesmua yang ditahan merupakan lima suspek tempatan dan 52 warga asing, semuanya dipercayai pekerja sindiket tersebut.

“Siasatan awal mendapati kumpulan ini terlibat dalam pelbagai skim, termasuk tawaran kerja tidak wujud dan penipuan pelaburan mata wang kripto palsu yang menyasarkan mangsa warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, semua suspek telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan kerana berkonspirasi melakukan penipuan dalam talian, serta di bawah Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan berkaitan dokumen perjalanan melibatkan warga asing.

Fadil menambah bahawa polis akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras sindiket penipuan dalam talian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat pengesahan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang urusan kewangan.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah atau mencurigakan diminta menghubungi talian hotline polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau balai polis terdekat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button