JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sahkan kanak-kanak meninggal dunia di HSI telah didera

Dicucuh besi panas dan dipukul di bahagian kemaluan

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kanak-kanak yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini didera ahli keluarganya sendiri.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, beliau berasa sedih selepas melihat keadaan jenazah kanak-kanak itu.

Katanya, antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan mangsa termasuk kemaluan.
“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan,” katanya ketika ditemui media di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera dalam satu kejadian di Senggarang, Batu Pahat dekat sini.

Mangsa menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 6.40 petang setelah tiga hari bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di HSI semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas pengadu iaitu lelaki berusia 23 tahun membuat laporan polis memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik di Senggarang sebelum dirujuk ke HSI, Jumaat lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button