JENAYAH & MAHKAMAH

Polis KL sahkan seorang pegawai kanan ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan seorang pegawai kanan polis yang bertugas di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang pegawai kanannya itu.

Sebarang tindakan yang akan diambil juga adalah bergantung kepada hasil siasatan SPRM.

Beliau menambah, pihaknya juga tidak tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

“Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu, baharu kita akan lihat tindakan dari pihak kita,” katanya, hari ini.

Difahamkan, pegawai polis itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu dakwaan mengenai aktiviti haram di ibu negara.

Pemeriksaan lanjut SPRM turut menemukan wang tunai berjumlah jutaan ringgit.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditahan agensi itu, semalam.

Azam berkata permohonan reman akan diperoleh SPRM hari ini bagi proses siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button