
Polis berjaya tahan lelaki berkelakuan tidak senonoh
BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menahan lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video yang menjadi tular di laman sosial X, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, lelaki tempatan berusia 50-an itu ditangkap di Jalan Aston, di sini semalam pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT dan akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berikutan perbuatan tidak senonoh di tempat awam,” kata Cheng San dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan media pada Isnin lalu menyebut polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh seperti dalam sebuah video yang menjadi tular..
Cheng San sebelum ini berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada Ahad kira-kira pukul 9 pagi di kawasan parkir berdekatan kedai makanan segera di Alma, di sini.
Katanya, lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya itu menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu telah menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







