
PM umum peruntukan RM15 juta kepada Harimau Malaya
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.
Ketika mengumumkan suntikan berkenaan, Anwar turut berkata, beliau secara peribadi akan turut memantau bagi membantu memperkukuh kedudukan pasukan tersebut.
“Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
“RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Jelas Anwar, daripada jumlah peruntukan yang diumumkan tersebut, RM10 juta adalah daripada kerajaan, manakala RM5 juta lagi merupakan sumbangan syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
Untuk rekod, Harimau Malaya akan membuka kempen mereka dalam kejohanan Pestabola Merdeka bertemu Filipina di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








