PM terima kunjungan ConocoPhillips, tegaskan komitmen Malaysia menuju dasar mesra pelabur
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar yang jelas dan mesra pelabur terus diterapkan.
Perdana Menteri berkata, dasar ini penting untuk meyakinkan syarikat besar agar memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan jangka panjang.
Perkara itu disuarakan beliau ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ConocoPhillips, Ryan Lance, semalam.
ConocoPhillips, syarikat minyak terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), terlibat dalam aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak di peringkat global termasuk di Malaysia.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri menegaskan ConocoPhillips turut menyatakan komitmen berterusan mereka terhadap pelaburan di Malaysia, termasuk penglibatan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) di Sabah, yang diuruskan melalui anak syarikat mereka, ConocoPhillips Sabah Gas Ltd bersama rakan strategik PETRONAS.
“Pelaburan dan kehadiran syarikat-syarikat utama seperti ConocoPhillips adalah penting dalam memastikan kestabilan dan kemampanan sektor tenaga negara.
“Ia juga berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor minyak dan tenaga,” jelas Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








