PM dijangka hadir program Quranic Madani di Bukit Bintang malam esok
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir bagi menyerikan program Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam esok.
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu dijadual berlangsung dari pukul 8 hingga 11 malam di Jalan Bukit Bintang, bersebelahan Fahrenheit.
Menurut hantaran MAIWP di Facebook, program itu akan diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk solat Isyak berjemaah, solat hajat, bacaan surah Al-Mulk serta tazkirah ringkas.
Turut dijangka hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan selain penampilan khas Nurul Izzah Anwar.

Turut dianjurkan, tazkirah agama disampaikan beberapa pendakwah jemputan termasuk Ustaz Farkhan Da’ie, Maulana Khairi dan Ustaz Haris Ismail.
Program itu turut menyaksikan perasmian rasmi Quranic Madani sebelum diakhiri dengan doa penutup dan dijangka tamat pukul 11 malam.
“Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Sila bawa sejadah dan hati yang tenang,” kata hantaran itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








