BERITA SEMASA

PM, delegasi Malaysia selamat tiba di New York

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi dari Malaysia selamat tiba di New York, Amerika Syarikat sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri berkata, beliau dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September ini pada jam 10 pagi waktu tempatan.

“Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq, Sri Lanka, dan Thailand.

“Saya turut dijadual bertemu komuniti perniagaan di Amerika Syarikat serta rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka,” katanya.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain.

Sementara itu, Anwar turut memohon doa seluruh rakyat Malaysia supaya segala urusan beliau dan delegasi Malaysia dipermudahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button