LUAR NEGARA

Pihak berkuasa temukan jasad manusia dibuang di pinggir bandar raya

GUATEMALA CITY – Sekurang-kurangnya 12 jasad ditemukan dalam tempoh tiga hari di kawasan hutan di pinggir bandar raya ini.

AFP yang memetik kenyataan pihak bomba dan media tempatan berkata, kesemua jasad tersebut ditemukan di kawasan di mana penjenayah sering membuang mangsa mereka.

Jurucakap bomba, Hans Lemus memberitahu wartawan bahawa dua jasad ditemui Jumaat lepas tiga jasad serta satu rangka manusia dijumpai keesokan harinya.

Kelmarin, polis dengan dengan bantuan anjing pengesan menemukan enam lagi cebisan manusia dan jasad yang dibalut dengan cadar serta beg plastik, katanya.

Dalam satu mesej kepada wartawan, Kementerian Dalam Negeri Guatemala berkata, kesemua jasad tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pertempuran geng-geng dadah untuk menguasai wilayah.

Guatemala dibelenggu keganasan jenayah, terutamanya yang dilakukan oleh geng Barrio 18 dan Mara Salvatrucha (MS-13), yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Guatemala berkata, hampir separuh daripada keganasan di negara itu dilakukan oleh pengedar dadah dan anggota geng yang memeras ugut wang daripada pemilik perniagaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button