AGAMABERITA SEMASA

Peserta Global Sumud Flotilla mohon kata-kata semangat

KUALA LUMPUR – Peserta misi kemanusiaan Sumud Nusantara dalam armada Global Sumud Flotilla (GSF) memohon rakyat Malaysia memberikan kata-kata semangat buat mereka.

Perkara itu dinyatakan salah seorang peserta misi tersebut, Taufiq Razif menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau hari ini.

“Peserta SUMUD sedang perlukan kata-kata semangat daripada kalian semua. Saya tahu mungkin ada yang tengah muntah hijau sekarang dibadai ombak yang mengganas. Apa pun kita terus maju sampailah kaki mendarat di tanah G (Gaza)!” tulisnya.

Kenyataan itu segera menarik perhatian netizen Malaysia yang meninggalkan komen sokongan positif dan doa.

“Insya-Allah, anda semua panglima jihad yang sangat hebat. Allah sentiasa bersama kalian. Kami sentiasa doakan semoga kalian diberi kekuatan sehingga matlamat tercapai dengan jayanya,” komen Kamaruzaman Omar.

Suwaibah Yusof pula menulis: “Semoga terus Sumud dan diberi kekuatan untuk meneruskan misi yang sukar ini. Hasbunallah wani’mal wakeel.”

“Moga Allah permudahkan urusan pejuang-pejuang Sumud Nusantara dan dilindungi daripada ancaman laut, udara dan Israel laknatullah.

“Kuatkan semangat mereka, jiwa mereka dan kekuatan doa-doa yang mengiringi dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Lindungilah pejuang-pejuang ini danseluruh umat Islam Palestin. Amin Amin,” kata Noor Azalina Busu.

“Kalian insan-insan yang terpilih dalam perjuangan ini, sedang kami mencemburui dalam diam. Semoga Dr Taufiq Razif dan team GSF sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT. Terus bersemangat team GSF ada yg menanti di pantai Gaza,” pesan penuh semangat daripada Siti Hairah.

GSF merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan oleh aktivis dari lebih 44 buah negara yang bertujuan memecahkan kepungan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin.

Kenyataan Taufiq dan respons hangat pengguna media sosial menunjukkan bahawa gerakan ini mendapat sokongan moral luas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, penghantaran bantuan menerusi laut sering melibatkan rundingan diplomasi serta tumpuan kepada keselamatan sukarelawan dan penerima bantuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button