Pesawat bawa Trump mendarat di KLIA
SEPANG – Pesawat rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Air Force One mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sempena lawatan Presiden Donald Trump ke negara ini.
Lawatan pemimpin itu bermula hari ini esok berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.
Lawatan dibuat atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Ini lawatan pertama Trump ke Asia Tenggara sejak beliau kembali semula memegang jawatan sebagai Presiden ke-47 AS Januari lalu.
Sepanjang lawatannya, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.
Air Force One, pesawat Boeing 747-200B yang diubah suai khas untuk berfungsi sebagai ‘White House terbang’, turut berperanan sebagai pusat arahan, pejabat dan kubu terbang, lengkap dengan sistem komunikasi selamat yang kalis gangguan, bilik perubatan, bilik mesyuarat serta ruang kediaman mewah yang sesuai dengan jawatan paling berkuasa di dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








