LUAR NEGARA

Pesawat ATR 42-500 terhempas di Gunung Bulusaraung

PANGKEP – Pesawat jenis ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar disahkan terhempas di kaki Gunung Bulusaraung, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, hari ini.

@malaysiatribunePesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport dilaporkan terhempas #malaysiatribune #kapalterbang #indonesia #trending #isusemasa

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Penemuan lokasi nahas itu disahkan selepas tular rakaman video seorang pendaki gunung yang memaparkan serpihan pesawat terbakar di kawasan puncak gunung berkenaan.

Wakil Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Pangkep Herianti Tualle berkata, pasukan awal telah digerakkan sejurus menerima maklumat berhubung penemuan tersebut.

“Pasukan kami telah berangkat ke lokasi sejak satu jam lalu bagi melaksanakan tindakan awal,” memetik Sinar Harian online.

Susulan itu, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Makassar turut mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menghantar anggota ke lokasi kejadian.

Ketua Seksi Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan berkata, seramai lima anggota telah dihantar terlebih dahulu bagi tujuan penilaian, sebelum disusuli 15 anggota tambahan.

“Sehingga 40 anggota akan digerakkan bergantung kepada keperluan operasi dan keadaan medan,” katanya lagi.

Basarnas turut menggunakan dron bagi membantu pencarian dan penilaian di kawasan berbukit yang sukar diakses.

Pesawat dengan nombor pendaftaran PK-THT itu dilaporkan terputus hubungan sekitar jam 1.17 tengah hari waktu tempatan (WITA).

Maklumat daripada Kantor Pelayanan Navigasi Penerbangan AirNav Indonesia Cabang MATSC Makassar memaklumkan pesawat tersebut kali terakhir dikesan pada koordinat 04°57’08” Selatan dan 119°42’54” Timur, di sekitar kawasan Leang-Leang, Maros.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button