BERITA SEMASA

Pertemuan empat mata kukuhkan kerjasama demi kebajikan jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar mengadakan pertemuan empat mata bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, HE Dr. Tawfiq Fauzan Al-Rabiah bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam pengurusan ibadah haji.

Pertemuan itu berlangsung sejurus selesai Simposium Perdana Haji yang memberi ruang kepada kedua-dua menteri bertukar pandangan demi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.

Menurut Dr. Mohd Naim dalam satu kenyataan di Facebook, beliau menzahirkan penghargaan terhadap pengiktirafan berterusan kerajaan Arab Saudi terhadap pengurusan Tabung Haji yang dilihat sebagai antara model terbaik di peringkat antarabangsa.

“Insya-Allah, usaha ini akan terus memberi manfaat besar kepada umat Islam dan memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button