BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

32 pegawai hadiri Persidangan Tatatertib MINDEF perkukuh budaya integriti

JOHOR BAHRU – Seramai 32 Pegawai Tadbir Awam dari seluruh negara berhimpun dalam Persidangan Pengurusan Tatatertib Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Tahun 2025 di sini semalam.

Dalam satu kenyataan, MINDEF memaklumkan, persidangan itu diadakan bagi memperkukuh kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam perkhidmatan awam.

“Persidangan anjuran Unit Integriti, Kementerian Pertahanan itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh nilai etika dan akauntabiliti dalam kalangan warga kerja pertahanan,” menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian persidangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Datin Roszanina Wahab.

Turut hadir, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pertahanan, Ramli Hassan bersama pegawai dan kakitangan kementerian.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang tahun ini, MINDEF melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

“Inisiatif tersebut termasuk Program Pengukuhan Integriti dalam Perkhidmatan Awam, Program Smart Integriti serta Taklimat Pengurusan Tatatertib,” katanya.

MINDEF menambah, selain memberi penekanan terhadap pembentukan nilai murni, kementerian turut menegaskan kepentingan amalan peringatan berterusan agar semua warga kerja sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Langkah tersebut dilihat penting bagi mengelakkan sebarang pelanggaran tatatertib atau tindakan perundangan yang boleh menjejaskan imej serta integriti organisasi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button