BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2024 selesai, sijil dikeluarkan 26 Februari

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah berjaya disempurnakan pada 7 Januari 2025.

Seramai 4,886 MBPK dari 841 sekolah di seluruh negara telah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun akademik 2024/2025 dan layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

Menurut kenyataan KPM, sijil tersebut akan dikeluarkan pada 26 Februari 2025 (Rabu) dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

KPM menegaskan komitmennya dalam memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan untuk semua murid, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

SASM merupakan sebahagian daripada agenda pendidikan manusiawi yang memberi penekanan kepada akses pendidikan berkualiti untuk semua tanpa ada yang terpinggir.

Dengan inisiatif ini, KPM berharap dapat terus memperkasa pendidikan inklusif yang memberi peluang sama rata kepada semua murid, khususnya MBPK dalam mencapai potensi penuh mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button