Penstrukturan PN: Radzi Jidin, Azmin Ali digugurkan
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran parti berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan berkenaan dilaksanakan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.
Beliau berkata, antara perubahan utama yang diumumkan ialah pelantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya baharu, menggantikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang ditamatkan perkhidmatannya.
“Jawatan Muhammad Sanusi sebagai Bendahari PN digantikan oleh S Subramaniam.
“Selain itu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, juga ditamatkan perkhidmatannya bagi memenuhi kehendak Perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi parti menjelang dua pilihan raya negeri berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








