JENAYAH & MAHKAMAH

Penjawat awam rugi lebih RM22,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam wanita kerugian RM22,033.56 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an itu mula tertarik dengan iklan pelaburan yang dilihat di Facebook pada pukul 10 pagi, 15 Jun lalu.

Menurut beliau, mangsa kemudian menghubungi seorang individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai wakil syarikat pelaburan berkenaan sebelum membuat bayaran awal sebanyak RM300 sebagai modal pelaburan pada pukul 9.24 malam, Khamis minggu lalu.

“Mangsa kemudiannya dihubungkan dengan seorang lagi individu yang turut mendakwa sebagai pegawai skim pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa seterusnya mengikut arahan suspek dengan membuat beberapa lagi transaksi pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan antara pukul 1.57 petang Jumaat lalu hingga 10.33 pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat pembayaran tambahan walaupun masih belum menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM22,033.56,” katanya.

Sehubungan itu, Azli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Tiada skim pelaburan yang mampu menjamin keuntungan cepat pada kadar yang tidak munasabah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button