BERITA SEMASA

Bantuan Khas Kewangan dibayar pada 13 Mac – JPA

PUTRAJAYA – Kumpulan penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 pada 13 Mac.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu hantaran di Facebook, bantuan tersebut bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.

JPA tuut memaklumkan, BKK tersebut turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran RM250.

“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.

Sebagai rekod, pemberian BKK tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau membentangkan Belanjawan 2026 10 Oktober lepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button