BERITA SEMASA

Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

KUANTAN – Kerajaam negeri Pahang hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri sebanyak RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, bantuan tersebut akan memanfaatkan kira-kira 8,000 penjawat awam.

“Bantuan khas kewangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Wan Rosdy seterusnya berkata, beliau berharap pemberian tersebut dapat meningkatkan motivasi penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri berharap supaya pemberian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button