BERITA SEMASA

Penjaja Bazaria Wangsa Maju akan diberi lesen – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan merobohkan 165 tapak penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, tindakan tersebut merupakan inisiatif Lestari Niaga dalam penyusunan semula penjaja di Kuala Lumpur.

“Penguatkuasaan ini berikutan masalah yang timbul, seperti gangguan kepada peniaga berlesen di tapak sedia ada, gangguan aliran trafik serta penggunaan air dan elektrik secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tapak sementara di Bazaria Wangsa Maju kini mampu menempatkan 500 tapak untuk peniaga berlesen.

Dr. Zaliha mengarahkan DBKL untuk menimbang 165 tapak penjaja tanpa lesen tersebut untuk dimasukkan ke dalam senarai pemutihan.

“Mereka akan ditawarkan lesen melalui inisiatif Lestari Niaga, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, penjaja yang telah diberi lesen akan ditempatkan semula di kawasan gerai berlesen Bazaria Wangsa Maju atau di lokasi berdekatan.

Katanya, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk memastikan penjaja di sini diberi peluang melalui inisiatif Lestari Niaga.

Sehubungan itu, mereka akan dapat meneruskan perniagaan secara sah dengan tapak gerai yang lebih kondusif dan berstruktur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button