Peniaga bazar Ramadan pakai selipar, jual ‘baby nanas’ didenda
HULU TERENGGANU – Dua peniaga di Bazar Ramadan Kuala Berang dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang kerana melanggar peraturan kebersihan makanan dan menjual produk makanan yang mengandungi bahan tidak dibenarkan.
Seorang peniaga, Shahrul Iskandar Shamsulyuzi, 24, didenda RM300 selepas mengaku bersalah kerana hanya memakai selipar dan tidak memakai kasut ketika mengendalikan makanan di gerainya pada 5 Mac 2025, kira-kira pukul 4.45 petang.
Majistret Nur Athirah Hashim menjatuhkan hukuman itu mengikut Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Shamsulyuzi Abdul Latiff Teo, 47, didenda RM2,000 kerana menjual ‘baby nanas’ yang mengandungi bahan pemanis tidak dibenarkan jenis siklamat.
Hasil analisis makmal mendapati kandungan siklamat sebanyak 255 miligram per kilogram (mg/kg) dalam produk berkenaan.
Kesalahan itu berlaku pada 19 Mac 2025, pada pukul 4.45 petang di gerai colek miliknya dan beliau didakwa mengikut Peraturan 133(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















