
Pengusaha feri Langkawi buat u-turn, tak jadi naikkan harga tiket
LANGKAWI – Tidak sampai 12 jam, pengusaha feri langkawi, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd hari ini mengumumkan penarikan balik kenaikan harga tiket untuk warganegara Malaysia seperti yang diumumkan, pagi tadi.
Pengurus besarnya, Baharin Baharom bagaimanapun berkata, kenaikan harga tiket bagi pelancong asing masih dikekalkan.
“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.
Walau bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancongan asing akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, sebentar tadi.
Terdahulu, syarikat pengendali feri itu mengumumkan kenaikan harga tiket di antara RM3 ke RM3.50 bagi kedua-dua laluan ke Langkawi, iaitu Kuala Kedah dan Kuala Perlis berkuat kausa 1 Januari depan.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi amaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan, para pengusaha feri tidak akan menerima subsidi diesel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







