BERITA SEMASA

Pengunjung Program MADANI Rakyat Perak dipelawa tukar Al-Quran tiada perakuan, rosak di kaunter JEQ

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mengunjungi Program MADANI Rakyat Perak di Lumut Waterfront pada 13 hingga 15 Jun ini boleh menyerahkan Al-Quran yang tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau yang rosak untuk ditukar.

Penukaran itu, yang dinamakan sebagai Jom Exchange Al-Quran (JEQ) merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Dalam Negerri (KDN) untuk memastikan hanya Al-Quran yang mempunyai perakuan kementerian sahaja berada di dalam komuniti Islam di dalam negara.

“JEQ merupakan salah satu inisiatif menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan bertujuan mendidik masyarakat tentang keperluan menggunakan Al-Quran yang melalui proses semakan Lajnah Tasheh Al-Quran dan diperakukan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (Perakuan KDN),” kata bahagian tersebut dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa secara sukarela menyerahkan Al-Quran yang tiada perakuan untuk diganti dengan Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan.

“Orang ramai yang berminat mahu menukar mushaf yang tiada perakuan KDN atau yang rosak boleh berbuat demikian di kaunter JEQ yang akan dibuka mulai Jumaat hingga Ahad, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button