Pengendali umrah akui gagal sedia tiket pulang jemaah
PUTRAJAYA – Pengendali umrah, Persada Global Holidays Sdn Bhd, mengakui tidak dapat menyediakan tiket pulang kepada 43 jemaah kelolaannya yang terkandas di Jeddah akibat masalah kewangan.
Menurut Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Shahir Ibrahim, pihaknya masih berusaha untuk menyediakan tiket pulang buat para jemaah yang terkandas.
“Setakat ini kos penginapan di Jeddah masih di bawah tanggungan pihak syarikat dan jemaah tidak perlu bimbang.
“Saya memberi jaminan jemaah akan dibawa pulang selewat-lewatnya esok secara berperingkat dan ketika ini sedang berusaha mencari dana,” katanya kepada portal HMetro, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, bekas peserta program Pencetus Ummah, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu, bersama 42 jemaah umrah lain terkandas di Jeddah selepas agensi pengurusan perjalanan mereka gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke tanah air.
Beliau mendakwa, pihak agensi yang bertanggungjawab menguruskan penerbangan mereka seperti tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu tersebut mengikut jadual yang telah dijanjikan.
Sementara itu, kesemua jemaah kini difahamkan ditempatkan di apartment di Jeddah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





