Pengedar dadah ala kedai serbaneka 24 jam dicekup
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan polis selepas kegiatan mengedar dadah menggunakan botol minuman seperti perniagaan kedai serbaneka 24 jam terbongkar, Rabu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) membawa kepada penahanan suspek serta serbuan di dua premis kediaman di Jalan Kuching dan dua kenderaan.
“Rampasan termasuk cecair MDMA 867 kilogram, serbuk MDMA 5.5 kilogram, ketamin dalam 190 kartrij vape, rokok cannabis, pil erimin 5 serta pelbagai peralatan memproses dan membungkus dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM832,350.
“Keseluruhan dadah ini mampu menampung keperluan kira-kira 3,768 penagih pada satu-satu masa.
“Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan,” memetik Kosmo online.
Fadil berkata, kejayaan itu hasil risikan berterusan JSJN IPK Kuala Lumpur serta kerjasama orang awam.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-208 7222,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








