Pengarang Buletin TV9 meninggal dunia akibat kanser
KUALA LUMPUR – Pengarang Buletin TV9 di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Nur Hanim Abdullah, 45, meninggal dunia di Alor Setar, Kedah hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Hospital Sultanah Bahiyah akibat kanser, memetik laporan Buletin TV3.
Sepanjang kerjayanya, Allahyarham Nur Hanim memiliki lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.
Beliau mula berkhidmat di NTV7 pada tahun 2004 selaku wartawan dan penolong penerbit, sebelum bertugas sebagai penerbit dan pengarang Buletin TV9.
Selain itu, Allahyarham turut dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan komited dengan tugas diberikan.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah keluarganya di Taman Golf, Alor Setar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, malam ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








