BERITA SEMASA

Pemilihan UMNO ditangguhkan hingga selepas PRU16

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung tahun ini akan ditangguhkan dan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Memetik laporan BH Online, perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO itu ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) sempena Penganjuran Ekspo Agrikomoditi Women in Halal Industri, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Ditanya sama ada dua jawatan tertinggi dalam parti itu akan dipertandingkan pada Pemilihan UMNO, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan selepas PRU16.

Mengulas penangguhan itu, beliau berkata ia terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang melalui pindaan sebelum ini.

“Kita tunggu selepas pilihan raya okay, kita ada tempoh 18 bulan.

“Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya (umum), mana-mana yang dulu,” katanya.

Sebelum ini, ada pemimpin UMNO di peringkat cawangan mengesyorkan kepada pucuk pimpinan parti supaya pemilihan UMNO 2026 tidak wajar ditangguhkan.

Ahmad Zahid juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.

Bagaimanapun, beliau berkata UMNO perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu berbanding memikirkan soal pemilihan dan jawatan tertinggi parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button