Pembangkang sambut baik, namun teliti dahulu syarat pemberian peruntukan
KUALA LUMPUR – Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menyambut baik hasrat kerajaan perpaduan untuk memberikan sejumlah peruntukan kepada mereka.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam deraf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan.
Pada 13 April lalu, Fadillah berkata pemimpin PN sudah berjumpa dengannya di Parlimen, 19 Mac lalu.
Dalam pertemuan tersebut, beliau berkata pihak pembangkang menyerahkan kepada kerajaan untuk sebarang syarat bagi menyalurkan peruntukan.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan secara prinsipnya bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk mencari titik kesefahaman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








