LUAR NEGARA

Pembangkang Israel kecam kerajaan susulan gencatan senjata AS-Iran

TEL AVIV – Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid mengecam kerajaan susulan gencatan senjata bersyarat selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Lapid dalam hantaran di X berkata, pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu secara langsung memberi kesan kepada keselamatan Israel kerana pihak kerajaan tidak diberi ruang turut serta dalam rundingan, lapor Times of Israel.

“Tidak pernah berlaku bencana diplomatik seperti ini dalam seluruh sejarah (negara) kita.

“Israel langsung tidak berada di meja rundingan ketika keputusan dibuat mengenai teras keselamatan negara kita,” katanya dalam hantaran tersebut.

Lapid seterusnya berkata, walaupun “(pihak) tentera melaksanakan segala yang diminta (dan) rakyat menunjukkan ketahanan yang luar biasa,” Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu “gagal dari segi diplomatik, gagal dari segi strategi dan tidak mencapai mana-mana matlamat yang beliau sendiri tetapkan.”

“Kita akan mengambil masa bertahun-tahun untuk membaiki kerosakan diplomatik dan strategik yang disebabkan oleh Netanyahu akibat sikap angkuh, kecuaian dan kekurangan perancangan strategik,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button