JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu berusia 21 tahun ditahan selepas keretanya merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara awal pagi tadi, dipercayai akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika pemandu tersebut memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri menambah polis telah mengumpul bukti termasuk rakaman CCTV, merakam percakapan pemandu serta menjalankan ujian pernafasan.

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166 miligram per 100 mililiter darah iaitu melebihi had dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pemandu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button