BERITA SEMASAPMX

Pelarasan gaji penjawat awam dibentang dalam Belanjawan 2024

JOHOR BAHRU – Pelarasan gaji penjawat awam akan dibentangkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen pada bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelarasan yang akan dibentangkan itu nanti turut termasuk tangga gaji pensyarah dan profesor.

“Saya melihat pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan.

“Padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan (gaji)… tandas bocor kerja saja, gaji pun kerja saya, saya tidak boleh mengadu… saya Perdana Menteri kena selesaikan semua masalah ini,” kata Anwar semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini.

Anwar menambah, pelarasan tersebut merupakan langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam yang dijangka selesai dilaksanakan pada tahun depan.

Program Temu Anwar yang berlangsung selama satu jam setengah itu dihadiri hampir 4,000 pelajar, pendidik dan orang awam.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button