Pelajar Malaysia cipta sejarah, rangkul tempat pertama peperiksaan akauntan peringkat dunia
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia mencipta sejarah di pentas antarabangsa apabila meraih tempat pertama dunia dalam peperiksaan Chartered Accountant (ACA) 2024 bagi Professional Level Modules anjuran The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).
Pelajar Sunway TES, Siti Sarah Ahmad Lutpi, turut menerima First Place & Plender Prize 2024 dalam Annual International Subject Order of Merit menerusi modul profesional dengan pencapaian purata markah 97 peratus.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi hari ini mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut yang disifatkan sebagai pencapaian luar biasa dan membanggakan negara.
“Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berani melangkah ke peringkat antarabangsa. Inilah semangat Malaysia MADANI yang mengangkat kecemerlangan ilmu dan potensi rakyat,” menurut kenyataan itu.
Pencapaian itu membuktikan rakyat Malaysia mampu memberi impak positif di persada dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








