Pelaburan dalam kepolisan moden dapat tingkatkan keselamatan negara
PUTRAJAYA – Kerajaan perlu melabur dalam kepolisan moden bagi meningkatkan keselamatan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam kepolisan moden perlu dipertingkatkan bagi menangani kerumitan jenayah yang semakin meningkat.
“Dalam hal ini, saya yakin bahawa kepolisian moden tidak lagi boleh bergantung semata-mata pada kehadiran fizikal, iaitu menempatkan anggota polis berseragam atau tidak berseragam di lokasi tertentu, tetapi harus lebih menumpukan kepada peralatan.
“Tindakan segera dalam mempercepatkan usaha pencegahan dan penguatkuasaan mesti diberi keutamaan. Terdapat negara maju yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi setiap 50 meter di kawasan sensitif.
“Ini adalah sesuatu yang kerajaan perlu lakukan dengan melabur dalam kepolisian moden di negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 2025), di sini hari ini.
Hadr sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Ahmad Zahid seterusnya berkata, walaupun tahap keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Aseanapol (Pertubuhan Polis ASEAN) untuk seluruh rantau ASEAN diyakini, namun golongan penjenayah seperti penjenayah siber juga sedang meningkatkan kemampuan mereka.
“Oleh itu, kita mesti berada di hadapan, sama ada berdepan dengan jenayah terancang, individu, atau mana-mana kumpulan lain. Perkara ini mesti dilaksanakan dengan segera,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








