Pekerja pasar cedera ditikam
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilaporkan cedera akibat ditikam ketika sedang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai ditikam menggunakan besi tajam oleh suspek yang tidak dikenali.
Mangsa yang cedera dibahagian belakang badan kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.
“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Laporan polis berhubung kejadian itu diterima pukul 1.30 petang tadi yang dibuat oleh rakan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.
“Usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan dan siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






