BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pejabat HASiL Shah Alam beroperasi di Menara HASiL bermula 1 April

SHAH ALAM – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Shah Alam akan beroperasi di Menara HASiL Shah Alam, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14 berkuat kuasa 1 April.

HASiL dalam kenyataan memaklumkan pejabat sedia ada di Bangunan Plaza Perangsang akan ditutup sepenuhnya bermula 30 Mac bagi membolehkan proses perpindahan ke lokasi baharu.

“Waktu operasi kaunter perkhidmatan di premis baharu ialah dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang Isnin hingga Jumaat melibatkan Kaunter Setempat, Kaunter Duti Setem serta Kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK),” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara), menggunakan perkhidmatan HASiL Live Chat atau mengemukakan maklum balas melalui portal rasmi HASiL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button