JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai operasi syarikat pengangkutan maut kereta rempuh pokok

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai operasi sebuah syarikat pengangkutan maut apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Gong Badak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, polis menerima maklumat berhubung satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona di lokasi berkenaan pada pukul 6.10 pagi.

Anggota bomba memeriksa kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Mangsa dikenali sebagai Ahmad Zabani, 25, berasal dari Kampung Gelugor Kayu Tinggi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta sedang bergerak terus sebelum hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Tambah beliau, rakan mangsa seorang mekanik yang berusia 38 tahun dihantar ke Hospital Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus untuk rawatan susulan.

Difahamkan, kereta dipandu mangsa dari arah sebuah bengkel di Kemaman menghala ke Gong Badak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button