Pasport Malaysia kini ketiga terbaik dunia
KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia kini berada di kedudukan ketiga terbaik dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati akses perjalanan tanpa visa ke 174 negara di seluruh dunia.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pencapaian itu membuktikan tahap kepercayaan dan keselamatan dokumen perjalanan dikeluarkan Malaysia.
“Kedudukan ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia,” menurut kenyataan di kenyataan hari ini.
Pencapaian itu menjadi Malaysia antara dua negara Asia Tenggara selain Singapura yang menduduki tangga tiga pasport terbaik dunia.
Bulan lalu, pasport Malaysia diiktiraf menduduki tangga ke-12 dunia dalam Indeks Pasport Henley 2025, setara dengan pasport Amerika Syarikat (AS).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








