BERITA SEMASA

Pacuan empat roda tenggelam dalam banjir, mangsa masih belum ditemui

SIBU – Sebuah kenderaan pacuan empat roda dilaporkan tenggelam sepenuhnya dalam air banjir di Jalan Ling Kai Cheng, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang tiba di lokasi mendapati kenderaan jenis Isuzu Dmax berwarna putih itu berada di dalam air sedalam kira-kira tiga hingga empat meter.

“Pasukan penyelamat melakukan penyelaman (Skin-Dive), namun usaha awal gagal kerana keadaan air yang terlalu dalam dan gelap.

“Susulan itu, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dipanggil untuk membantu operasi.

“Hasil selaman, pasukan PPDA menemui sebuah beg sandang yang mengandungi dokumen pengenalan diri milik Wong Sing Ang, lelaki berusia 53 tahun yang dipercayai mangsa dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam sebuah kenderaan yang tenggelam akibat banjir di Sibu hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha untuk membuka pintu kenderaan gagal selepas tiga kali cubaan kerana kedudukan kenderaan yang terhalang oleh dinding simen longkang.

“Atas faktor keselamatan, operasi pencarian ditangguhkan pada jam 2.20 pagi dan akan disambung semula pada waktu yang sesuai,” katanya.

Operasi ini melibatkan lapan anggota bomba serta empat anggota Unit PPDA dengan bantuan PDRM.

Dokumen pengenalan diri mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button